Sejarah Beybladers Johor

Pada tahun 2019, populariti siri Beyblade Burst mula meningkat dengan pesat di Malaysia. Dalam tempoh tersebut, pelbagai kelab dan komuniti Beyblade mula muncul di seluruh negara, termasuk di negeri Johor. Kejohanan tidak rasmi juga semakin aktif dianjurkan hasil kerjasama antara komuniti-komuniti peminat yang berkongsi minat yang sama terhadap dunia Beyblade.

Dalam suasana perkembangan komuniti itu, Beybladers Johor muncul sebagai sebuah platform komuniti yang bertujuan meraikan dan menyokong mana-mana pertandingan Beyblade, sama ada rasmi mahupun tidak rasmi. Fokus utama komuniti ini adalah untuk menghimpunkan pemain-pemain Beyblade tanpa mengira latar belakang kelab atau status individu.

Selain menjadi tempat pertemuan para pemain, Beybladers Johor turut membuka peluang kepada seller-seller kecil dan peminat tempatan untuk berhubung secara lebih dekat dengan komuniti pemain Beyblade. Ia membantu membina jaringan komuniti yang lebih aktif, santai dan terbuka.

Selama beberapa tahun, Beybladers Johor dikenali sebagai sebuah “neutral zone” untuk sesiapa sahaja — sama ada pemain solo ataupun ahli kelab — berkumpul, bermain, berlatih dan menyertai aktiviti Beyblade dalam suasana komuniti yang harmoni dan inklusif.