Panduan Asas (kenapa perlu tunjukan bey kepada pihak lawan?)
- Kedua-dua pemain hendaklah menunjukkan Bey yang akan digunakan kepada pihak lawan dengan memperlihatkan bahagian atas dan bawah Bey supaya semua komponennya dapat dilihat dengan jelas.
- Pemain boleh meminta pihak lawan untuk menunjukkan semula Bey mereka atau menyatakan secara lisan semua bahagian (parts) yang digunakan pada Bey tersebut.
- Selepas kedua-dua pemain selesai membentangkan Bey masing-masing, kedua-duanya dibenarkan membuat satu (1) pelarasan pada Bey mereka.
- Pelarasan yang dibenarkan termasuk:
- Mengubah orientasi komponen Bey, seperti memutar kedudukan Ratchet dan/atau Bit.
- Menukar mod bagi komponen yang mempunyai fungsi pertukaran mod, walaupun pelarasan tersebut memerlukan Bey dibuka dan dipasang semula.
- Sebelum membuat pelarasan, pemain mesti memaklumkan kepada pihak lawan dan hakim.
- Jika kedua-dua pemain ingin membuat pelarasan, kedua-duanya hendaklah melakukannya secara rahsia tanpa mendedahkan pelarasan kepada pihak lawan.
- Setelah pelarasan selesai dan Bey dipasang sepenuhnya, pemain hendaklah menunjukkan semula Bey tersebut kepada pihak lawan.
- Setiap Bey hanya boleh dilaraskan sekali sahaja bagi setiap perlawanan (battle).
Peraturan "Show Bey" atau Pembentangan Bey diwujudkan untuk memastikan ketelusan, keadilan, dan integriti pertandingan. Antara sebab utama ialah:
- Mengesahkan komponen yang digunakan
- Pihak lawan dan hakim dapat melihat bahawa Bey menggunakan komponen yang sah mengikut peraturan kejohanan.
- Memastikan tiada bahagian yang dilarang (contohnya Metal Needle (MN) atau komponen yang telah diubah suai).
- Mengelakkan pertikaian
- Jika berlaku bantahan selepas perlawanan, hakim boleh mengesahkan bahawa Bey yang digunakan adalah sama seperti yang telah ditunjukkan sebelum perlawanan bermula.
- Memberi peluang membuat semakan
- Pemain boleh meminta lawan menunjukkan semula Bey atau menyebut komponen yang digunakan jika terdapat keraguan.
- Membenarkan pelarasan yang adil
- Selepas kedua-dua pemain melihat Bey masing-masing, mereka diberi peluang membuat satu kali pelarasan (contohnya memutar Ratchet atau Bit, atau menukar mod komponen).
- Ini memastikan kedua-dua pemain mempunyai peluang yang sama untuk menyesuaikan strategi sebelum perlawanan bermula.
- Mengelakkan pertukaran Bey secara tidak sah
- Selepas Bey ditunjukkan dan disahkan, pemain tidak boleh menukar kepada Bey lain secara senyap tanpa pengetahuan hakim atau pihak lawan.