Kami daripada Komuniti Beybladers Johor ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Boye atas pembukaan The Jankerz Homebase! 🥳👏
Kehadiran The Jankerz Homebase merupakan satu lagi perkembangan positif dalam komuniti sukan gasing Beyblade, dengan menyediakan sebuah tempat khas di mana aktiviti latihan, sesi sparring dan pertandingan dapat dijalankan di bawah satu bumbung.
🏆 Satu tempat, satu komuniti, satu semangat!
Semoga The Jankerz Homebase terus maju dan menjadi tempat berkumpulnya para Bladers untuk mengasah kemahiran, berkongsi pengalaman serta mengeratkan hubungan persahabatan dalam komuniti Beyblade.
Kami berharap pembukaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak aktiviti menarik dan perkembangan positif dalam sukan gasing Beyblade di Johor.
Sekali lagi, tahniah kepada Boye dan seluruh warga The Jankerz Homebase! Semoga terus sukses dan maju jaya! 🔥
Ikhlas daripada:
❤️ Komuniti Beybladers Johor
#BeybladersJohor #TheJankerzHomebase #BeybladeX #SpinningTopCommunity #BeybladeCommunity